Thursday, 6 October 2016

Butter Prawn



     Di hari Jumaat yang mulia ni, tiba - tiba rasa nak masak butter prawn. Memandangkan ada udang, telur dgn majerin..so ape lagi..taraa..siap la butter prawn kite ni.. Tapi yg sedih nya sarang burung tu tak berapa nak menjadi lah pulak. Mungkin sebab letak telur laju sangat. So siapa yang tengah pening nak pikir masak apa, boleh la try buat butter prawn ni..

Resepi Butter Prawn 

Bahan-bahan :-

Udang
Telur
Majerin / Mentega
Susu (ikut nak letak atau tidak)
Cili padi
Bawang putih
Daun Kari

Sarang Burung :

  1.  Masukkan minyak dan majerin, kacau dengan senduk bulat. Kacau ikut bulatan sehingga berbuih. 
  2. Pecahkan telur di dalam bekas dan kacau ringan.
  3. Sambil kacau majerin dan minyak, tuangkan telur dari arah yang tinggi sedikit demi sedikit, sambil tangan masih mengacau secara bulatan.
  4. Kacau sehingga telur tersebut berbuih.
  5. Kemudian toskan minyak.

Goreng Udang :

  1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih, cili padi, daun kari. Tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan goreng.
  3. Masukkan garam.
  4. Masukkan sedikit susu.
  5. Jangan goreng terlalu lama, nanti 'juice' udang hilang.


Senang je buat butter prawn ni.. Semua orang boleh cuba, Selamat menjamu selera. ;-)


Saturday, 1 October 2016

Assalamualaikum semua..

Selamat berhujung minggu semua. Telah lama blog ni tidak di usik. Maaf la yee, sebab baru ade masa nak jenguk blog ni. Cerita terbaru dari sy skrg ni, sy da bergelar puan.. Sy dah pun berkahwin tahun lepas.. Alhamdulillah sy baru aje pregnant 3 bulan. Doakan kandungan saya ni sihat ye. =) Harap semua akan berjalan lancar.